Sunday, August 14, 2016

Hafiz Mansor dan kecaman orang Perlis

`

Siapakan Hafiz Mansor yang heboh diperkatakan baru-baru ini?  Beliau menjadi trending selepas mengeluarkan satu status panas yang mengkritik Perlis secara sinis. 

Ramai rakyat Perlis yang berang sekali dengan status beliau. Kali terakhir pihak KB menjenguk ke facebook beliau, status beliau mengundang banyak sekali caci-maki daripada rakyat Perlis yang terguris lagi terhiris dengan status beliau yang kontroversi itu. Kini, facebook beliau telahpun hilang, dipercayai kerana diblock oleh orang ramai.

Sebelum pihak KB mengulas lanjut tentang status beliau, marilah kita mengenali dahulu siapakah Hafiz Mansor yang hangat diperkatakan ini.


SIAPAKAH HAFIZ MANSOR?

Hafiz Mansor dilahirkan di Perlis pada tahun 1984 (which means usianya sekarang around 32).  
Nama sebenar beliau adalah Nor Mohd Hafiz b. Mansor.  Jadi sekaligus menolak tohmahan orang Perlis kononnya Hafiz adalah orang KL, atau orang luar yang kononnya patah hati dengan gadis Perlis lalu menulis cerita yang bukan-bukan tentang negeri Indera Kayangan ini, walhal beliau lahiaq , belajaq dan juga tinggal di bumi Perlis Indera Kayangan.

(For a note: beliau pernah belajar di Maahad Tahfiz di Arau sebelum menyambung ke Sekolah Agama Al-Islahiyah Behor Mali, Perlis)

Saudara Hafiz Mansor bukanlah insan biasa, malahan beliau adalah pengasas kepada Produk Coolhijab. Beliau sememangnya minat berniaga sejak di bangku sekolah lagi, dengan menjual kacang kuda pedas dan kad nama. Kehidupannya sewaktu kecil tidaklah indah kerana diuji dengan perceraian ibu bapanya. Apa-apapun, kami sangat kagum bila terbaca satu info bahawa beliau pernah berniaga selama 7 tahun, kemudian bangkrap, kemudian kaya semula dalam tempoh 6 bulan. 

Pada pandangan admin Kamus Bergerak, orang Perlis sepatutnya berbangga kerana Perlis mempunyai seorang ikon belia yang terkenal dengan keusahawanan. Bagi pihak kami, kami harap saudara Hafiz Mansor bersabar dengan dugaan ini. Allahyarham Yus Jambu yang juga berasal dari Perlis juga pernah dikecam warga Perlis gara-gara kurang arif dengan beberapa dialek Perlis.






MENGULAS 20 FAKTA TENTANG PERLIS : KB VS/ft. Hafiz Mansor (bahagian 1)


Di bawah ini adalah 20 fakta tentang Perlis beserta sindirian Hafiz Mansor yang menyebabkan beliau dikecam. Kami akan cuba merungkai dan menyatakan pendapat kami samada bersetuju atau tidak untuk setiap fakta beliau.

p/s: Oleh kerana kami adalah Tatabahasa-Nazi, kami betulkan beberapa typo pada kenyataan beliau. Mungkin tengah marah sungguh waktu taip tu.


1.  Perlis mempunyai 2 menteri besar. Walaupun ada menteri besar baru, ia masih dimonopoli bekas menteri besar lama dalam semua majlis.

J : Hmm, bab-bab politik ni malas campur. Lagipun, menurut kaji selidik kami, lebih ramai rakyat Perlis yang kurang senang dengan isu kesukaran mendapat kerja di dalam MPK berbanding isu di atas. Pihak kami tertanya-tanya, pihak di utara nun tak mahu ke buat Majlis Daerah untuk kawasan-kawasan lain? 

Kalau semuanya di bawah tanggungjawab MPK, memang susahlah kawasan lain nak membangun. Bayangkan kalau wujud Majlis Daerah Arau, Majlis Daerah Padang Besar dll, pekan-pekan kecik ini akan lebih outstanding daripada sekarang.

Jangan beri alasan, negeri ini terlalu kecik. Tahukah anda, negeri kedua terkecil, Pulau Pinang juga memiliki daerah, malah 5 daerah kesemuanya. Negeri itu juga mempunyai daerah terkecil di Malaysia, iaitu daerah Timur Laut, dengan saiz hanya 121km persegi, 8 kali ganda lebih kecil daripada keseluruhan negeri Perlis. OK, maafkan kami kerana lari topik.

2.  Bila korang datang Perlis, hati-hati ketika memandu  kerana  jalan  yang  lurus  jangan disangka ada divider bengkok. Banyak yang dah mati  sebab jalan yang lurus tetiba dibuat divider bengkok untuk masuk ke simpang atau U-turn. Ni paling jilake,tak belajar buat jalan dari negeri2 lain ke?

J: Disebabkan pihak kami tidak arif tentang Perlis, jadi kami tak dapat mengenal pasti lokasi manakah yang dimaksudkan saudara Hafiz. Dan kami pun tidaklah rajin sangat untuk meng-googlestreet jalan-jalan di Perlis. Tapi, jika benar dakwaan beliau, maksudnya pihak berwajib harus peka. Dan kami tak rasa ada sesiapa perlu butthurt dengan fakta kedua ini. Bukankah ini bermakna beliau peka dengan keselamatan orang-orang senegerinya?

3. Taman ular dah macam muzium dinosaur. Ular2 banyak kurus dan tinggal rangka. Tak pasti sama ada kurang makan atau mereka melalui  program diet bersama Kevin.

J: Kali terakhir kami dibawa ke Taman Ular, kami agak kecewa kerana pengubahsuaian masih dijalankan. Malah, kawasan itu seperti tidak dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang sewajarnya. Kandang buaya hanya dipisahkan dengan pengunjung dengan satu sangkar jaring. Seharusnya, satu palang perlu diletakkan untuk menghalang pengunjung berada terlalu dekat. Melalui risikan ala-ala Detective Conan yang dijalankan ke atas kami dengan bertanyakan orang Perlis, dikatakan pengubahsuaian sudah lama dijalankan. Yang tak berapa sedapnya, ada khabar angin mengatakan ada fulus sudah terbang ke dalam dompet. Ooops.

4. Taman burung yang tiada burung. Banyak burung yang dah kembali ke rahmatullah dan ianya begitu teruk sekali  Jadi, di Perlis ia menggunakan konsep jagalah burung sendiri. Jinak2 burung merpati, jinak lagi burung sendiri.

Taman Burung? Oh ya, kami tak sedarpun kewujudan burung di situ melainkan yang disebutkan oleh saudara Hafiz di atas. Yang ada hanya ayam, dan beberapa spesis burung yang rupanya saling tak tumpah macam itik dan angsa. Oh ya, ada satu sangkar di sana yang diberi nama Rumah Tikus. Sangkar berbentuk rumah itu ada beberapa tingkap yang pecah. Kemungkinan besar, pelancong harus mengintai dari tingkap untuk melihat tikus-tikus yang comel itu. What a creative thinking!

5. Kawasan chalet ke Air Terjun Bukit Ayer sesuai untuk penggambaran filem kuntilanak sesat di hutan. Kawasan yang dahulunya cantik untuk tempat pelancongan dah terbiar berlalang. Bohsia bohjan nak beromen pun seram apatah lagi hantu nak tinggal di situ.

Pihak kami juga pernah berkunjung ke Bukit Ayer dan memang diakui sepanjang perjalanan ke sana, kami sangkakan kami telahpun terlintas sempadan Kalimantan Barat. Ada Rimba Herba di sepanjang perjalanan yang lengang sehingga menaikkan bulu roma kami. Mungkin Mamat Khalid patut cuba membuat filem zombie di situ. Apa-apapun pemandangan di Bukit Ayer sangat cantik, kalau tak disebabkan sekawan monyet di situ. 

Kami sebenarnya terkejut saudara Hafiz tidak menyentuh langsung tentang Sungai Batu Pahat. Guess what, ada orang nampak ular air di situ! So exciting!

6. Projek ladang anggur dah jadi tempat ladang ternakan serangga, lalang dan lipan rasanya. Tiada lagi pelancong dapat rasa anggur Perlis kecuali beli anggur di Giant. Buat projek, dapat geran, blah.

Pihak kami pernah cuba singgah di Ladang Anggur yang sangat glamour di mulut orang Perlis. Melalui hasil kajian Encik Google, kami mendapati hanya ada dua sahaja ladang anggur di Malaysia, iaitu di Kedah dan Perlis. Disebabkan kami baru sahaja pulang dengan tangan kosong dari ladang harumanis memandangkan kami hanya golongan marhaen yang cheapskate, kami mencuba nasib di sini. Sayang sekali, kami disaji dengan pemandangan seorang apek yang membawa keluarganya dalam satu van sedang bertengkar dengan pak guard di situ kerana ladang anggur itu ditutup dan tak pasti bila akan dibuka kembali.

Nampak gayanya kami perlu ke Empangan Beris di Kedah hanya untuk merasai anggur. Oh wait, terlupa pula rumah pihak kami dan AEON hanya bersebelahan.

Kot iye pon penambahbaikan, takkan sampai setahun lebih kottt...

7. Wang Kelian dah jadi macam kawasan perang Vietnam. Sunyi sepi. Tiada lagi urusan bebas jual beli setiap hari Ahad. Kerana egonya pengurusan negeri Perlis, Thailand mengetatkan untuk ke sempadan dengan perlunya passport atau border pass.  Dulu tak perlu. Orang Thai boleh beli barang di Perlis dan orang Malaysia boleh beli barang di Thailand sehingga 2 kilometer sahaja.

J: OK, untuk fakta kali ini, kami memilih untuk tidak bersetuju dengan beliau. Ini adalah kerana kami mendapat berita tentang ancaman keselamatan di kawasan berkenaan. Jadi, langkah mengetatkan kawalan sempadan adalah langkah terbaik bagi pihak kami.


8. Solat berjemaah di masjid tiada doa oleh imam selepas berjemaah. Doa sendiri2. Dalam bacaan contohnya seperti solat subuh, bismillah mesti baca perlahan oleh imam sebelum surah Al-Fatihah dibaca dengan kuat. Tiada doa Qunut ketika solat Subuh.

J: OK, NEXT....

9. Jika beli barang di Padang Besar, elakkan cakap KL kalau taknak kena kapak harga. Harga baju dan seluar akan jadi lebih mahal dari pasaraya Giant atau Tesco. Hang cakap KL, siapla.

J: Seingat kami, kali terakhir kami berkunjung ke sana, kami langsung tidak bercakap KL, malah bercakap pior baqhang memandangkan kami juga sebenarnya orang utara. Kami tidak pasti tentang kena kapak harga, tapi apa yang pasti, pihak KB langsung tidak mendapat diskaun, malah kawan kami yang berasal dari Kelantan pula yang mendapat diskaun melampau-lampau. Damn, makcik Padang Besar! Why are you so racist (state-ist?) ??


10. Selepas 10 malam,kebanyakan kawasan akan sunyi dan aman kedai makan banyak tutup kecuali di kawasan Arau atau Kuala Perlis yang banyak pondan dok berkaraoke lagu madah berhelah di kawasan jeti.

J: Saudara patut mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar luar yang kebanyakannya belajar di Uitm Arau, Poly serta UniMap kerana memeriahkan pekan Arau, sehinggakan pihak kami yang terkeliru sama ada Kangar atau Arau ibu negeri Perlis. 

Kali terakhir kami melalui Jeti Kuala Perlis, kami sungguh pasti tiada bapok dan pondan yang berada di situ. Kami betul-betul pasti saudara memaksudkan gerai-gerai karaoke yang terletak antara Kuala Perlis dan Kuala Sungai Baru. Ya, di situ memang banyak (pihak kami sekadar lalu, tak singgah pun).



11. Budak muda laki pompuan lepak di highway Arau  sehingga ke Kuala Perlis untuk tengok geng2 motor, teraba dan bertonggengjawab. Lepak sampai jam 3 pagi kecuali hujan lebat.

J: Yup, we approve this fact. Bukan motor saja, kadang2 kereta pun bawak macam setan kalau dah tengah2 malam. In case korang urgent sangat nak pi highway PLUS, samada korang ikut jalan lama ke Alor Setar, atau korang ikut jalan lama dan keluar di Pauh untuk ke Changlun. Disebabkan highway ni highway free, so memang takde peronda ke apa nak tangkap kalau kes-kes macam ni. Oh one more thing, jaga-jaga di section Kangar-Arau, budak-budak suka baling batu dari jambatan.



12. Kebanyakan kampung penuh dengan ladang ketum yang sihat dan segar daunnya. Dulu banyak pokok mempelam. Sekarang tanam ketum sebab ianya lebih lumayan. Orang Perlis kaya2 dan banyak rumah besar.

J: Sesetengah orang Perlis bersetuju dengan point ni dan sebahagian lagi tidak. Tapi, melalui pemerhatian kami, boleh tahan ramai juga yang excited bila RISDA nak komersialkan ketum. Maksudnyeee...... 

Dan kami agak keliru dengan ayat last tu. Adakah kaya kerana ketum, atau kaya kerana hasil pendapatan lain, seperti padi, harumanis dll?


13. Hati2 dengan papan tanda buah harum manis. Ada yang betul dan ada yang kelepet. Klau tengok ada raga tulisan siam, hati2 dan jangan beli. Menipu semua tu kata harum manis. Semua mangga Thailand. Nak beli, cari kat Sungai Batu Pahat.

J: Kalau di Perlis, orang di sana menggelarkan harumanis palsu ni sebagai 'harumasam'. Orang Perlis memang arif dan peka, lagi-lagi kalau terjumpa buah ni di luar musimnya. Selalu orang luar yang kena tipu, same case macam durian biasa yang dicop Musang King.

Kerajaan negeri Perlis sudahpun menjalankan undang-undang yang melarang penipuan penjualan mangga biasa atas nama harum manis. Ironinya, kebanyakan peniaga di pasar malam akan menamakan mangga diorang sebagai 'harumanis tipu'. 

Lai lai harumanis harumanis. 


14. Orang Perlis kaya dengan masa. Banyakkan istighfar bila korang memandu di sana. Pandai2lah hang potong kereta atau motor bila nak laju. Depa sangat rileks bawak kenderaan dalam 40-60km/j.

J: Pihak KB juga pernah melalui situasi di atas. Disebabkan kami lahir di bandar pelancongan yang terkenal dengan pemandu sindrom 'bersiar-siar', ianya tidaklah menyakitkan hati kami sangat. 

Penduduk Perlis dan Kedah Utara sangat terkenal dengan hobi bersiar-siar dengan motor di waktu petang, selalunya dengan tujuan ke pasar malam atau bersantai. Hobi yang annoyying bagi yang duduk di belakang mereka, namun sangat menarik bila anda yang mencubanya.

Percayalah! Kami dah cuba! Terasa seperti Maharaja Kodiang pula bila kereta-kereta terpaksa beratur di belakang motor kapcai kami. Sungguh menyamankan.

Yeayy, bestnya!!. Sapa suruh kau datang Perlis naik kereta? Dudukla belakang beratur.

15. Hati2 memandu sebab kiri kanan jalan ditanam pokok jati yang kayunya sangat power kerasnya. Kalau hang terbabas, susah nak hidup kalau ikutkan rekod setakat ini. Dah boleh tebang pokok jati tu buat perabot dan baik tanam pokok pisang kat tepi jalan.

J: Sebenarnya, pokok jati memang biasa ditanam di tepi sawah di sekitar Perlis dan Kedah. Kami tak pasti bagaimana pula situasinya di negeri-negeri lain, tapi ianya bertujuan sebagai penghadang supaya kereta tak terhumban ke dalam bendang, memandangkan kebanyakan jalan di tepi bendang tiada/kurang lampu jalan. 

BTW, daripada saudara Hafiz mencadangkan supaya diganti dengan pokok pisang, kan lebih bagus kalau dicadangkan supaya jalan dilebarkan terutama di persimpangan. Kami hampir dua kali kena langgar semasa hendak membelok di Long Boh, tahu?



16.Gua Kelam yang semakin kelam. Kawasan gua batu kapur menjadi tempat mandi manda tidak dijaga dengan baik. Tiada marketing menarik pelancong. Takut ulaq baq hang.

J: Dah nama pun Gua Kelam, kalau meriah kena panggil Gua Meriah pulak. Ok, maafkan kami kerana kehambaran lawak kami.

Tak silap kami, Gua Kelam sebenarnya sangat cantik pada mulanya. Malah ianya menjadi aset Perlis selain Padang Besar. Entah kenapa lepas musim kemarau yang lepas, air kering ditambah pula dengan daun-daun kering yang gugur menjadikan suasananya agak.....err, teruk?

17.Bangunan, masjid, tiang, jambatan, jamban, kebanyakan dicat dengan warna kuning biru. Hudoh sikit la. Tak nampak moden. So, hang jangan nak pelik. Nasib baik bendera Perlis bukan warna hitam.

Penyeragaman warna bagi masjid, setahu pihak kami adalah idea Dr. MAZA untuk menyeragamkan semua masjid di Perlis. Namun, terdapat juga masjid yang kekal dengan warna tersendiri seperti Masjid Alwi, Masjid Negeri Arau, Masjid Terapung K.Perlis dan Masjid Putra. Bagi jambatan tu taktaulah pulak kami. 

But isn't yellow and blue were nice colour for bridge?

"Nasib baik bendera Perlis bukan warna hitam". Kesian kat negeri Perak, Terengganu dan Pahang.


18. Ladang tebu mula menjadi ladang kenaf. Apa jadah pokok kenaf ni? Hang google la sendiri pokok tu macamana dan apa kegunaan dia. Pokok tebu semaking berkurangan sikit demi sedikit.

J: Yang ni nanti kami bincang lain.


Please like this pokok kenaf for no reason




19.Tak banyak restoran mamak di sekitar kawasan Perlis kecuali di Arau sahaja yang hidup. Mamak yang lain2 dah bungkus balik kampung sebab orang Perlis tak makan kedai mamak. Yang dok makan kat Arau tu semua student luar yang suka air tangan mamak.
J: Actually, ada je beberapa restorang mamak kat Perlis seperti Arr Corner di Seriab dan Abdul Alim di Kangar. Tapi kami akui Perlis bukanlah battleground untuk mamak, kerana di sini lebih dikuasai Siam dan Melayu. Oh restoran Arab kendalian Melayu juga.

20. Perlis tiada tol walaupun highwaynya berombak-ombak. Slow2 sikit bawak kat highway takut terbang dalam sawah.


J: Dulu, ada ura-ura untuk menyambungkan highway PLUS ke Perlis, kononnya orang Perlis taknak gadai sawah depa waktu tu, jadi Tun tamatkan hanya ke Bukit Kayu Hitam saja. Maybe, sebab tu Perlis takde tol? Atau...kami bercakap keluar topik lagi? K.

Highway berombak-ombak? Mungkin. Biasalah highway free. Lebuhraya Utara Selatan tu pun beralun-alun lagi. 




Kesimpulannya, setelah meneliti fakta-fakta di atas, kami merasakan Hafiz bukanlah nak merendah-rendahkan tanah kelahirannya. Sebagai anak jati, beliau mungkin mahu sangat negerinya mencapai taraf seperti negeri-negeri lain di Malaysia. Yelah, sampai bila nak menyopping dengan beli kereta plat dari negeri lain, ye tak? Dan kebanyakan yang beliau sentuh hanyalah tentang pelancongan, pelancongan dan pelancongan....oh ya, sedikit politik, dan sosioekonomi Perlis juga. 

Kami rasakan, kalau ada pun status yang menyakitkan hati dan paru-paru sekalipun, mungkin kerana beliau menyentuh tentang amalan doa qunut serta seakan-akan menyindir warna biru kuning itu. Selain daripada itu, takda apa pun, ........MELAINKAN anda adalah orang yang duduk empuk di atas kerusi di atas sana, ya, anda memang seharusnya butthurt dan meminta sebanyak mungkin supplemen suppository dari Hospital Tengku Fauziah di Kangar.

Sekian sahaja ulasan dari pihak kami.

No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...